KOPERASI PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN TAIPING BERHAD

Selamat datang Ke kOPERASI PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN TAIPING BHD

KOPERASI PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN TAIPING BERHAD

Didaftarkan pada 9 September 1950,  No Koperasi 689 /50, No siri  1209

PENGUMUMAN

22Nov 2023
Koperasi anda  sedang dalam proses membangunkan laman web sendiri dengan sub-domain yang percuma daripada Angkasa. Dengan adanya laman web, maklumat-maklumat daripada koperasi pasti dapat disampaikan kepada ahli-ahli dengan lebih cepat dan berkesan

 

SEJARAH KOPERASI PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN

Latar Belakang

Pada tahun 1949 di Taiping, sekumpulan pegawai kanan kerajaan , pegawai tinggi di ladang-ladang dan ahli-ahli perniagaan berbincang keperluan mendirikan rumah untuk keluarga yang memerlukan rumah. Mereka pun berbincang memohon tanah daripada Kerajaan Penjajahan British. Oleh yang demikian, satu mesyuarat penubuhan pun diadakan pada 16 sept 1949 di Kesatuan Ceylon Taiping ( semasa itu kebanyakan pegawai kanan kerajaan  berasal dari Ceylon atau Sri Lanka. Mesyuarat ini dihadiri 21 orang pengasas. En T. Sivapragasan , pegawai kanan koperasi perbandaran turut hadir bersama. En K.S.S Maniam dipilih sebagai pengerusi Pro-tem. Mesyuarat ini bersetuju menubuhkan sebuah Koperasi Perumahan dan 7 orang dilantik sebagai lembaga Pro-tem . Mereka ynag terpilih ialah

  1. En. K.S.S Maniam ( Pengerusi Pro-tem)
  2. En Samuel ( Setiausaha )
  3. En. T. Abraham ( Ladang Winsor )
  4. Che Mahmud Bin Haji Abu Kassim
  5. Ang Chin tit
  6. Choo Chee Yeow
  7. Dr Markandu

 

Penubuhan

Beberapa mesyuarat telah diadakan dan pada 14 Feb 1950 , mesyuarat bersetuju koperasi ini dinamakan sebagai ” Taiping Co-operative Housing Society Ltd, ( Syarikat Perumahan Bekerjasama Taiping Berhad). Pendaftaran diluluskan pada 9 Sept 1950 dan tarikh in dipilih sebagai tarikh penubuhan koperasi ini.

Aktiviti koperasi ini

Koperasi ini dianggap salah sebuah koperasi tertua di Perak . Koperasi ini asalnya merupakan sebuah koperasi perumahan . Pada mulanya, koperasi ini diberi sebidang tanah seluas 70 ekar oleh kerajaan. Koperasi hanya mampu mendirikan 200 rumah untuk ahli-ahlinya di jalan Thomson dekat Aulong Taiping yang dinamakan Taman Kerjasama. Tanah yang selebihnya dipulangkan kepada kerajaan.

Aktiviti selepas 1975

Selepas tamat projek perumahan di Taman Kerjasama , koperasi ini cuba memohon tanah daripada kerajaan tetapi tidak berjaya.Oleh yang demikian, Lembaga Pengarah pun membuat keputusan untuk mencebur dalam bidang pengangkutan. Oleh sebab itu, koperasi pun menukar namanya kepada Koperasi Perumahan dan Pengangkutan Taiping Berhad. Pada Mei 1991 koperasi ini telah menjalankan perkhidmatan teksi dengan memiliki 5 keping permit pada mulanya yang bertambah kepada 15 keping permit kemudiannya. Koperasi juga terlibat dalam bisnes kereta sewa pandu sendiri dari tahun 1993 hingga tahun 1997. Koperasi terpaksa menamatkan bisnes kereta sewa pandu sendiri kerana risiko amat tinggi.

Buat masa ini, koperasi masih memiliki permit teksi yang disewa kepada pemandu-pemandu yang memiliki kereta sendiri. Selain daripada itu, koperasi juga mendapat keuntungan daripada pelaburan dan kutipan sewa banguanan.